
.: Jagalah hatimu padaNya :.
Alhamdulillah..Ya Allah...kau masih memberiku ruang untuk bernafas.
Dalam keadaan cintaku padamu masih tidak sempurna, kau tetap memberikan rahmatmu padaku..
maha pengasih dan maha penyayang engkau Ya Allah...Hinanya aku yang tercari-cari cinta duniawi...
Jatuh cinta itu anugerah Allah..tidak kita pinta ia datang tapi ianya bergantung bagaimana kita mengawal perasaan kita, adakah melebihi kasih sayang pada Allah..dan adakah kita melupakan kasih Allah setelah kita merasakan kita sudah menemui cinta sejati...tidak sedarkah kita bahawa cinta yang kita katakan sejati itu juga datangnya dari Allah..Allah yang mengizinkan semua itu berlaku..dan sebenarnya Allah nak uji adakah kita masih tetap akan teguh mendamba cintaNya tatkala dilanda musibah mahupun di anugerahkan kurniaan terindah..kurniaan terindah juga satu ujian...sebelum Allah kurniakan kita cinta yang sejati kekal hingga ke syurga, pasti dia akan uji dahulu dengan cinta yang lainnya...bila kita berjaya melepasi setiap ujian..dan InsyaAllah bila tiba masanya pasti akan kita temui jua ketetapan jodoh yang terbaik yang Allah sediakan untuk kita.Hanya Allah yang mengetahui mengenainya, jadi janganlah kita mengabaikan cinta suci Allah yang agung itu.
tanpa berlengah mari kita hayati sedikit kata-kata yang ana dapat dari mesej seorang sahabat.
"Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah,
tidak sedikit pun ALLAH membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya...
kerana ALLAH teramat mencintainya...
tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki,
Dimana ALLAH untuk menjaga kita?
ALLAH seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita"
"Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna ALLAH mahu ambil kita kembali untuk dijagaNYa. Mengapa masih ragu-ragu?"
"kekuatan usah ditunggu tetapi harus dicari"
Hargailah diatas kesempatan yang ALLAH berikan..
"sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya"
_Imam Al-Ghazali_
Khulasohnya disini..marilah kita sama-sama menjadi seorang hamba yang bertaqwa kepadanya..seorang mensyukuri nikmatnya..biltaufiq wannajah fiddunya wal akhirah.. wassalam.
No comments:
Post a Comment